Monday, November 18, 2013

Tips penjagaan botol susu bayi

salam semua...
hari ni nak kongsi tips penjagaan botol susu yang aku selalu amalkan...

maybe korang lagi banyak experience..almaklumlah aku ni new mum..baru anak 1..experience tu tak bnyak lg..tapi takpe..nak gak share sama korang2 semua..hehehe

First step:
bilas dulu botol yang ade saki baki susu ngah air paip..then aku rendam dalam solution "liquid cleanser Pureen"...ni contoh dia ye kawan2..


Then, second step:
berus botol susu utk sental saki baki susu tu supaya botol bersih, sebersihnya..yang ni je istilah berus..tapi aku tak pakai pon berus.. tapi span..yg ni brand tollyjoy..kalau beli memang ade dalam packaging dia extra span..sebab ape pakai span?? sebab nk elak permukaan botol susu ade "crack"..bila "crack" dikhuatiri bakteria boleh membiak, so kene tukar botol susu baru lak...ni namanye nk jimat dari selau beli botol..hehehe..ni contoh span tu...

Last step:
bilas botol..then siap untuk masuk dalam sterilizer..aku guna sterilizer Autumnz.. tadaaa!!


*kawan2 leh rujuk sini lak untuk tips mensterilkan botol susu k...
http://www.babycenter.com.my/a1045009/mensteril-perkakasan-penyusuan-botol

Monday, October 14, 2013

Jom makan biskut~~

Hai semua..arini juz nak share ibu biarkan Danish makan sendiri..nak train Danish makan sendiri..bulan depan da nak setahun pon...
So,arini nak share ape yg Danish makan..Product Heinz Biscotti Apple..ade 12batang dalam 1peket..harga cuma RM4.++
Sesuai untuk 7bulan++ k..kalo rasa2 dia da ade gigi bnyk sikit,leh la bia dia makan sendiri..so,arini Danish da makan 3batang..and td nampak ibu dia pegang plastik biskut tu..dia jerit nk lagi..huhu..
So far,suka tengok Danish makan..pengasuh pon kate Danish senang makan..lega ati bile dgr dia suka mkn..
Oh ya..biskut ni ade 3 perisa xsilap..original,chocolate n Apple..tiga2 Danish da makan..paling sedap chocolate la..sbb ibu dia pon tumpang sekaki..hehehe... 


       

Thursday, August 22, 2013

Isu CCRIS

Salam semua..
Kat sini aku nak sharing la sikit pasal isu yg ngah panas lg ni sebagai salah satu peminjam PTPTN..
Macam2 pendapat org pasal isu ni.tapi aku bersyukur sebab isu ni da dapat penyelesaiannya.
Ada sesetengah pendapat yg kurang enak di dengar..contoh nya::

* "lain kali belajar la betul2..boleh dpt pengecualian.."
-pendapat macam ni aku rasa ramai yg kecik ati..bukan apa,setiap org ada level IQ masing2..tak perlulah pertikaikan anugerah yg Allah beri..

* "kalau berhutang,memang wajib la bayar...hukum dunia takot,hukum Allah tak takot lak.." (Merujuk pada muslim)
-ayat ni pedas ok!! Aku sebagai peminjam pon terasa sebab aku hanya mampu bayar sikit2 je..
Kita kena percaya..rezeki yg Allah bagi utk setiap org tak sama..dan fikir jugak mungkin mereka banyak tanggungan..

++ so,apa pon yg pendapat kita,kita kena fikir org lain mungkin tak sama macam kita..aku sentiasa fikir,ramai lg org yg susah kt dunia ni..yg macam2 masalah yg kita tak tahu..

Peace ok!!

Friday, August 16, 2013

Syukur..

Akhir2 ni berapa kali aku terserempak ngan ibu2 yg bwk anak yang still baby naik motor..
Yang selalu kita nampak,baby akan duduk tengah2 antara ibu n ayah..tapi yg aku dok nampak ni..baby tu duduk dalam baby sling sambil ibu dia bawak motor...
Betapa risau perasaan aku bila lihat situasi macam tu..risau kalau2 baby tu tak duduk diam masa ibu dia bawak motor..takot perkara tak diingini jadi..
Bila dapat lihat perkara camtu..aku sangat bersyukur dapat sediakan anak aku keperluan yg selesa..semoga anak aku pon tahu ada orang yg lagi susah dari kita supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yg telah dikurniakanNya...


Sunday, May 12, 2013

Solid Food untuk cinta hati ibu ❤

Alhamdulillah..anak ibu da pon masuk 6bulan..so,ibu da mula bagi solid food pd Danish..

Ibu mmg excited sgt nk ajar Danish makan solid food..tp so sorry my dear son..ibu tak sempat nk wat puri utk Danish..so..yg sempat cuma beli yg dlm tin utk Danish..

Walaupun ibu hanya sempat bagi yg ready made..tp ibu puas ati bila tgk gelagat anak ibu makan..mana tak nye..ibu sebok suap,Danish lak sebok nk pegang sudu..pastu Danish da abes telan ibu lambat suap,Danish rengek2 minta suap lg..hehe..tak sabar nak tengok anak ibu tembam n besar ngan sihat..

So wat permulaan bulan pertama ni..ibu bg 2kali je..pagi makan..petang ibu campur ngan susu pulak..

Psst..ada org da start bagi anak solid food sebelum 6bulan lg..tapi ibu bagi Danish ngam2 6bulan..sbb daddy Danish sgt amik berat anak dia sorang ni..dia takot sistem penghadaman Danish belum bersedia nak terima solid food tu..

So sekarang daddy da takyah risau sebab Danish ber** ok je sejak makan ni..maksudnye sistem penghadaman Danish da matang..yea!!

Saturday, April 27, 2013

Sharing kebaikan esp from shaklee

Hai semua..salam 1 malaysia..wah2,da macam YB lak sejak2 nak musim PRU 13 ni..

K la...berbalik entri kali ni..meh nak cite sket..saya Intan Afifah sah menjadi ahli shaklee (No ID 923094)..ade sebarang pertanyaan boleh call/ sms / whatsapp 0137049475

So arini nk cite sket kebaikan esp (soy protein isolate powder)..


Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

So saya nak sharing sket..ESP ni memang sangat membantu saya dalam membekalkan tenaga harian. Memang sangat2 perlukan tenaga untuk kerja seharian lebih2 lagi saya kerja dalam bidang perubatan yang banyak tenaga diperlukan untuk bergerak ke sana sini untuk menguruskan setiap prosedur ke atas pesakit yg di'request' dr doktor.

Saya juga still BF my baby. So ibu yg BF ni memang la mudah lapar. Dengan kerja harian yg banyak,saya memang mudah rasa lapar da perlukan tenaga tambahan. So,setiap kali pukul 10 pagi ke atas,saya memang akan lapar dan untuk tahan lapar dan dapatkan tenaga,saya akan bancuh ESP. Ia memang berkesan sampai 'lunch time'. So ape lagi..jom try ESP..

Friday, April 19, 2013

Nantikan comeback dr intanafifah.blogspot.com

Hai..saya ahli baru dlm blog ni..nama saya Muhammad Azfa Danish Bin Mohd Azaha..