Tuesday, February 28, 2012

jom kongsi ilmu munakahat bersama2 *part 1*

sejak kawen ni,macam2 yg aku search kt google utk tambah ilmu munakahat ni..so,arini aku wat 1 entry utk kita sama2 tambah ilmu ALLAh ni k...^_^

aku mulakan dengan pengertian "nafkah" :

Seorang suami mempunyai tanggung jawab ke atas keluarganya terutamanya dari segi pemberian nafkah. Di bawah hukum Syarak, nafkah atau ``nafqah'' ditakrifkan dalam al-Hedaya sebagai ``segala perkara yang perlu bagi menyara kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal''. Pengertian nafkah juga tidak hanya bermaksud sebagai nafkah zahir tetapi juga melingkungi nafkah batin. Definisi yang sama juga ada diperuntukkan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Rujukan bagi tanggungjawab memberi nafkah zahir oleh suami boleh dilakukan ke atas Surah 2:233 yang antara lainnya bermaksud:
``...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada (ibu dan anaknya itu) menurut cara yang adil...''.

Perkahwinan adalah berdasarkan perasaan kasih sayang dan ia juga harus memenuhi hubungan semula jadi di antara suami isteri.

Keharmonian rumahtangga amat ditekankan oleh Islam. Rujukan boleh dilakukan ke atas Surah 4 ayat 19 yang antara lain bermaksud,
``Bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik.''

Ayat-ayat di atas dengan jelas menekankan tanggungjawab lelaki untuk memberi nafkah kepada isteri dan keluarganya.
*sumber : google

yg ni pulak "nafkah" suami ke atas isteri :

Suami WAJIB  memberikan  dua (2)  jenis nafkah iaitu:
A.NAFKAH ZAHIR ,meliputi penyediaan
1.Makanan dan minuman
2.Pakaian sekedar kemampuan
3.Tempat tinggal/rumah penginapan yang selesa
4.Perbelanjaan Pendidikan
5.Perbelanjaan Kesihatan
Manakala Keperluan  asas lain yang tidak WAJIB
Seperti  kenderaan,perabut rumah dan keperluan diri dan kemewahan  yang lain.
B.NAFKAH BATIN,Meliputi
1.Layanan seksual/syahwat
2.Kasih sayang
3.Menjaga perasaan dan hati isteri
4.Pergaulan yang baik dan harmoni.
*sumber : google

**kesimpulannya..besar tanggungjawab suami terhadap isteri..sekarang ni macam2 yg kita dengar pasal nafkah ni..kebanyakannya pasal suami tak memberi nafkah sebab isteri pon bekerja..tapi semua tu si suami jangan pandang remeh walaupon gaji si isteri lebih tinggi dari si suami.yg dapat aku share dari bacaan aku,walaupon si suami beri RM50/bulan atas dasar nafkah yg di wajibkan terhadap isterinya,itu dah memadai kerana nafkah diberi mengikut keperluan si suami.dan lagi 1,suami tidak berhak ke atas duit isteri yer...dan kalau si suami cakap "guna duit awak dulu la beli barang dapur,nanti abang ganti",itu da jadi hutang suami kepada isteri..dan suami WAJIB ganti..melainkan isteri halalkan..so,si suami jangan la pandang remeh hal nafkah ni..sbb ia melibatkan kewajipan yg dituntut ALLAH.