Wednesday, February 29, 2012

untuk korang semua : 


HAPPY LEAP YEAR!!
^_^

** 4 tahun sekali je tau..so,da 6kali la la leap year ni sepanjang aku bernafas di bumi ALLAH ni..=)

Tuesday, February 28, 2012

jom kongsi ilmu munakahat bersama2 *part 1*

sejak kawen ni,macam2 yg aku search kt google utk tambah ilmu munakahat ni..so,arini aku wat 1 entry utk kita sama2 tambah ilmu ALLAh ni k...^_^

aku mulakan dengan pengertian "nafkah" :

Seorang suami mempunyai tanggung jawab ke atas keluarganya terutamanya dari segi pemberian nafkah. Di bawah hukum Syarak, nafkah atau ``nafqah'' ditakrifkan dalam al-Hedaya sebagai ``segala perkara yang perlu bagi menyara kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal''. Pengertian nafkah juga tidak hanya bermaksud sebagai nafkah zahir tetapi juga melingkungi nafkah batin. Definisi yang sama juga ada diperuntukkan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Rujukan bagi tanggungjawab memberi nafkah zahir oleh suami boleh dilakukan ke atas Surah 2:233 yang antara lainnya bermaksud:
``...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada (ibu dan anaknya itu) menurut cara yang adil...''.

Perkahwinan adalah berdasarkan perasaan kasih sayang dan ia juga harus memenuhi hubungan semula jadi di antara suami isteri.

Keharmonian rumahtangga amat ditekankan oleh Islam. Rujukan boleh dilakukan ke atas Surah 4 ayat 19 yang antara lain bermaksud,
``Bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik.''

Ayat-ayat di atas dengan jelas menekankan tanggungjawab lelaki untuk memberi nafkah kepada isteri dan keluarganya.
*sumber : google

yg ni pulak "nafkah" suami ke atas isteri :

Suami WAJIB  memberikan  dua (2)  jenis nafkah iaitu:
A.NAFKAH ZAHIR ,meliputi penyediaan
1.Makanan dan minuman
2.Pakaian sekedar kemampuan
3.Tempat tinggal/rumah penginapan yang selesa
4.Perbelanjaan Pendidikan
5.Perbelanjaan Kesihatan
Manakala Keperluan  asas lain yang tidak WAJIB
Seperti  kenderaan,perabut rumah dan keperluan diri dan kemewahan  yang lain.
B.NAFKAH BATIN,Meliputi
1.Layanan seksual/syahwat
2.Kasih sayang
3.Menjaga perasaan dan hati isteri
4.Pergaulan yang baik dan harmoni.
*sumber : google

**kesimpulannya..besar tanggungjawab suami terhadap isteri..sekarang ni macam2 yg kita dengar pasal nafkah ni..kebanyakannya pasal suami tak memberi nafkah sebab isteri pon bekerja..tapi semua tu si suami jangan pandang remeh walaupon gaji si isteri lebih tinggi dari si suami.yg dapat aku share dari bacaan aku,walaupon si suami beri RM50/bulan atas dasar nafkah yg di wajibkan terhadap isterinya,itu dah memadai kerana nafkah diberi mengikut keperluan si suami.dan lagi 1,suami tidak berhak ke atas duit isteri yer...dan kalau si suami cakap "guna duit awak dulu la beli barang dapur,nanti abang ganti",itu da jadi hutang suami kepada isteri..dan suami WAJIB ganti..melainkan isteri halalkan..so,si suami jangan la pandang remeh hal nafkah ni..sbb ia melibatkan kewajipan yg dituntut ALLAH. 

Friday, February 24, 2012

oveRnite N haNgouT ^_^

post kali ni agak berhabuk la..sbb xsmpt2 nak meng'hupdate' blog ni..bila mood malas da datang,dalam 2 minggu nak ade 1 post baru pon susah..hehehe..bese la,org da kahwin..paham2 suda..=p
hhaaa...jangan pikir lain lak..bukan ape..sibuk ngan keje dan rumahtangga..tu yg asek xsmpt je nak 'hupdate'..=)

weekend lepas saja je gedik2 ngan en.B..bosan dok layan tv kt umah..last2 pas abes cerekarama tv3 tu...ktorg pon siap2 la tengah2 malam buta g naik genting..bukan wat ape pon..saja jalan2 amek feel sejuk kt atas tu..baru la best nak dating..hehehe...=p

ukur ketinggian yg xberapa nak 'tinggi' tu..hehehe
ada la game yg aku xleh main..bese la..comei jer..=p

nak jugak ukur tinggi en.B ni..em,dah2..awak memang leh main semua game..



petang ahad tu lak,layan kan en.B nak main helikopter lak kt taman..sampai2 kt taman,nampak bersusun je kete..last2 ktorg pon cr port tepi taman tu,nampak la ade family dok layan anak2 main badminton la,jogging la..ktorg pon park dekat2 situ...huhu



suka pic nih..macam helikopter real je kan??

Thursday, February 23, 2012

akTiviti saNtai Lunch tiMe ^_^

ktorg ni memang suka wat makan2..so,rasanya da lama x wat makan2 kt opis ni...semalam ada la gak aktiviti santai untuk tahun ni...walaupon wat sandwish je..tapi kami hepi..n yg penting...KERJASAMA..tengok je la gelagat ktorg...yg laki org pon memang xkekok wat keje kt dapur..thanks abg fendi yg bnyk tolong potong2 bahan2 semua..=)



ohh ya...tak lupa gak ktorg try resepi baru..resepi asal dr pn.laila..best gak tau..jom tengok apa resepi rahsia pn.laila tu..=)



taaddaa!!da siap resepi rahsia pn.laila buatan pn.intan ^_^

Friday, February 3, 2012