Wednesday, August 31, 2011

tragedi malam 1syawal di felda kemelah,segamat

dalam kita semua bergembira dok beraya sana sini umah sedara mara,dan tak ketinggalan aku gak dok nak g beraya umah sedara aku di felda kemelah malam semalam,aku sekeluarga hampir2 kemalangan.sebab kereta dihadapan aku sekeluarga terbabas.salah satu punca kemalangan tu,jalan masuk ke felda tu sangat gelap dengan cuaca yang ujan2 renyai.so,jalan pon licin.dan mungkin disebabkan jalan gelap,pemandu kereta dihadapan aku sekeluarga tak perasan jalan di situ bukannya terus,tetapi ada selekoh kecil.

dalam aku dan adik2 aku memekak dalam kereta,tiba2 kitorang tergamam kereta di depan kami terus tak nampak lampu kereta dan ayah aku hampir2 mengikut kereta tu untuk terus gak.nasib baik mak aku jerit pada ayah aku.alhamdulillah kereta ayah aku tak terbabas.ayah aku terus berhentikan kereta kat bahu jalan.kami semua turun dari kereta,dan bagi isyarat pada kereta2 lain yang ada kereta terbabas kat bawah kebun tu.masa kami turun kereta,aku dengar sayup2 suara pakcik driver tu minta tolong.memang menggigil la kaki lutut semua.gigil pon aku gagahkan tolong mereka sekeluarga.alhamdulillah,takde yang maut.

dalam kereta tu cuma ada 5org.suami,isteri,2 orang anak lelaki dan sorang anak pompuan.pakcik yang eksiden tu mintak tolong keluarkan anak2 dan isteri dia.aku cuma tolong adik aku tarik anak pompuan dia.anak pompuan dia tak cedera,tapi mungkin cuma trauma.dia asek menangis bila tengok mak dia berdarah2.anak lelaki dorang,sorang berdarah kat hidung,sorang lagi mate bengkak dan tak leh bukak.isteri dia lak,cedera kat kepala dan seluruh belah kanan dia sakit.

bila aku tengok dorang semua berdarah,aku suruh makcik tu tekan kat tempat berdarah,jangan kasi darah keluar lagi.pastu aku ke hulu hilir cari first aid,bila jadi macam ni,baru la rasa yg first aid tu sangat penting.aku tanya orang sapa2 ada first aid?kereta ayah aku memang takde.so aku tanya pakcik tu kalo2 kereta dia ada first aid,sebab aku tengok kereta baru,biasanya mesti ada.aku suruh adik2 aku turun g kat kete tu cari first aid,tak jumpa.pastu ada abang tu yang bagi dan dia lap luka makcik tu.aku lak bagi cotton wool kat anak laki dia suruh sumbat kat hidung,jangan bagi darah menitis sebab dia dok pangku mak dia.

bila semua da bawa naik,ayah aku tolong pakcik tu naik.sebab pakcik tu patah kaki kanan dan luka kat kepala.nasib baik banyak kereta belakang kitorang.ramai gak yang bagi bantuan.ayah aku tolong amik semua barang2 berharga kat dalam kereta pakcik tu.tak lama pastu,ambulan datang.paramedik ambil alih tugas selamatkan dorang semua.kitorang pon teruskan tujuan utama.

bila balik dari beraya,tow truck baru je tarik kereta tu.then, kitorang nampak lagi 1 eksiden.tow truck terbalik.mungkin driver tu tak pernah masuk jalan felda kemelah,sebab ada 1 selekoh 90darjah.dan yang sedihnya,jalan tu takde lampu.sapa patut disalahkan?sepanjang2 jalan masuk felda kemelah langsung takde lampu jalan.kalo orang yang tak pernah masuk,aku rasa memang akan terbabas.padahal kereta  yang eksiden ni,anak peneroka situ pon leh terbabas.

akhir kata,salam takziah pada keluarga mangsa.(aku dipahamkan mangsa anak peneroka peringkat 4,wak sabirin)kereta yang dipandu MBT ****

No comments:

Post a Comment