Wednesday, August 31, 2011

tragedi malam 1syawal di felda kemelah,segamat

dalam kita semua bergembira dok beraya sana sini umah sedara mara,dan tak ketinggalan aku gak dok nak g beraya umah sedara aku di felda kemelah malam semalam,aku sekeluarga hampir2 kemalangan.sebab kereta dihadapan aku sekeluarga terbabas.salah satu punca kemalangan tu,jalan masuk ke felda tu sangat gelap dengan cuaca yang ujan2 renyai.so,jalan pon licin.dan mungkin disebabkan jalan gelap,pemandu kereta dihadapan aku sekeluarga tak perasan jalan di situ bukannya terus,tetapi ada selekoh kecil.

dalam aku dan adik2 aku memekak dalam kereta,tiba2 kitorang tergamam kereta di depan kami terus tak nampak lampu kereta dan ayah aku hampir2 mengikut kereta tu untuk terus gak.nasib baik mak aku jerit pada ayah aku.alhamdulillah kereta ayah aku tak terbabas.ayah aku terus berhentikan kereta kat bahu jalan.kami semua turun dari kereta,dan bagi isyarat pada kereta2 lain yang ada kereta terbabas kat bawah kebun tu.masa kami turun kereta,aku dengar sayup2 suara pakcik driver tu minta tolong.memang menggigil la kaki lutut semua.gigil pon aku gagahkan tolong mereka sekeluarga.alhamdulillah,takde yang maut.

dalam kereta tu cuma ada 5org.suami,isteri,2 orang anak lelaki dan sorang anak pompuan.pakcik yang eksiden tu mintak tolong keluarkan anak2 dan isteri dia.aku cuma tolong adik aku tarik anak pompuan dia.anak pompuan dia tak cedera,tapi mungkin cuma trauma.dia asek menangis bila tengok mak dia berdarah2.anak lelaki dorang,sorang berdarah kat hidung,sorang lagi mate bengkak dan tak leh bukak.isteri dia lak,cedera kat kepala dan seluruh belah kanan dia sakit.

bila aku tengok dorang semua berdarah,aku suruh makcik tu tekan kat tempat berdarah,jangan kasi darah keluar lagi.pastu aku ke hulu hilir cari first aid,bila jadi macam ni,baru la rasa yg first aid tu sangat penting.aku tanya orang sapa2 ada first aid?kereta ayah aku memang takde.so aku tanya pakcik tu kalo2 kereta dia ada first aid,sebab aku tengok kereta baru,biasanya mesti ada.aku suruh adik2 aku turun g kat kete tu cari first aid,tak jumpa.pastu ada abang tu yang bagi dan dia lap luka makcik tu.aku lak bagi cotton wool kat anak laki dia suruh sumbat kat hidung,jangan bagi darah menitis sebab dia dok pangku mak dia.

bila semua da bawa naik,ayah aku tolong pakcik tu naik.sebab pakcik tu patah kaki kanan dan luka kat kepala.nasib baik banyak kereta belakang kitorang.ramai gak yang bagi bantuan.ayah aku tolong amik semua barang2 berharga kat dalam kereta pakcik tu.tak lama pastu,ambulan datang.paramedik ambil alih tugas selamatkan dorang semua.kitorang pon teruskan tujuan utama.

bila balik dari beraya,tow truck baru je tarik kereta tu.then, kitorang nampak lagi 1 eksiden.tow truck terbalik.mungkin driver tu tak pernah masuk jalan felda kemelah,sebab ada 1 selekoh 90darjah.dan yang sedihnya,jalan tu takde lampu.sapa patut disalahkan?sepanjang2 jalan masuk felda kemelah langsung takde lampu jalan.kalo orang yang tak pernah masuk,aku rasa memang akan terbabas.padahal kereta  yang eksiden ni,anak peneroka situ pon leh terbabas.

akhir kata,salam takziah pada keluarga mangsa.(aku dipahamkan mangsa anak peneroka peringkat 4,wak sabirin)kereta yang dipandu MBT ****

Monday, August 29, 2011

peRsiapaN raYa :: akSesori raYa

hari raya semakin dekat..mesti semua orang da prepare macam2 untuk raya kali ni kan?so..aku pon tak terkecuali..walaupun tahun ni banyak duit nak guna hujung tahun ni,tapi aku tetap bersemangat nak raya..yelah..raya kan setahun sekali je..time ni la kita nak cantik2..tol tak?

yang penting tahun ni aku dapat apa yang aku nak..KAMERA..yea2..walaupun bajet ciput,tapi aku tetap puas hati..aku beli sony DSC-W510..


so..da ada kamera ni..leh la aku bergambar sakan raya nih..hehehe..lagipun kamera ni kecik dan ringan je..sumbat je dalam handbag..abes cite..sebab tu la aku tak nak beli dslr..leceh..nak bawak die je da 1 bag..ngan handbag lagi(aksesori wajib kaum hawa) takde keje la aku nak hurung sana sini..

jom kita "sambil menyelam,minum air"..tengok apa yang aku prepare aksesori tok raya kali ni + test kamera baru..hehehe...





murah2 je semua tu..yang penting dapat bergaya 
di hari raya =)


 k..yang ni lak,aku da siap2 isi duit raya nak bagi kazen2 aku yang kecik2 dan still sekolah lagi..oh!alangkah ruginya jadi cucu yang peringkat awl2 ni..huhuhu


Friday, August 26, 2011

3tahun yang berlalu~~

entry kali ni sempena anniversary aku dan tunang tersayang...alhamdulillah,arini genap 3tahun kitorang bersama..semoga kitorang dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat..AMIN

Daisypath Anniversary tickers

sepanjang tempoh 3tahun ni,mestilah macam2 yang kitorang tempuh..suka,duka,gembira,sedih dan macam2 lagi perasaan sepanjang perkenalan kitorang..dan tentunya semua tu akan terpahat di hati dan memori kitorang..tak banyak yang aku nak tulis,sebab tak tahu dah camne lagi nak gambarkan perasaan ni..cewahh..jiwang lak..k la,jom layan kenangan kitorang start dari 2008 hingga 2011..=)

2008~~
hahaha..sangat lawak pic ni..ni la pic 1st kitorang..
huahua..sangat buruk masa ni..
yelah..budak2 baru nak bercinta..haha

2009~~
em..da ok sikit imej masing2..da tak serabut cam 2008..hehe

2010~~
masing2 makin membulat...hehe

2011~~
pose yang meng'cover'kan kitorang memang bulat..hehe

***ramai kata muka kitorang seiras..orang kata seiras ni jodoh kuat..betul ke?kalau betul,bagus la..=) aku pon harap jodoh kitorang kuat hingga akhir hayat..

Tuesday, August 23, 2011

keMeriaHan aidiLfiTri kiaN teRasa^_^

wah..nampaknya tinggal lagi beberapa hari saja kita semua akan meninggalkan bulan ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ni..semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dan diberkati Allah..amin!

so macam2 la preparation yang dah dibuat..bukan rumah je yang kita nak hias cantik2 raya ni..tapi ofis pon kenalah hias cun2..biar rasa suasana raya...dan tak terkecuali gak staf2 UiTM yang hias department masing2..dah rasa cam ade pertandingan lak..hehehe...

 suasana raya 1 : farmasi

 suasana raya 2 : klinik 1

suasana raya 3 : stor

ni lak suasana raya kat ofis aku.."makmal jantung non-invasive"




Monday, August 22, 2011

diLema bOnus & kaMera*

arini 22ramadhan1432 UiTM da masukkan gaji untuk staf2 nya supaya dapat berjoli sakan raya ni..hehehe..pagi2 lagi aku da dpt bbm dari nadiah..

nadiah:arini masuk gaji sekali..aku ingt bonus je
aku:yeke?bukan gaji rabu?
nadiah:xla..da masuk skali arini..masyuk la tu kan..ko kan dapat tunggakan skali..hehehe..selamat bershopping..=)

apa lagi sampai2 opis aku pon bukak la cimbclicks..tengok betul ke duit da masuk..alhamdulillah..da masuk rupanya..ingat nak joli sakan..tapi memikirkan banyak lagi benda tak settle tok kawen nih,jadi pening lak..huhu

tapi bila pikir2 nak raya nih..aku teringin lak nak beli kamera..hahaha..(sebenarnya dari raya berapa tahun yang lepas da pasang hajat ;p)kalau aku beli pon,aku taknak dslr..bukan pe..aku bukan nk jadi photographer pon..dan aku tak suka barang berat2 nih..malas nak pikul ke hulu ke hilir..leceh la..




hahaha...semua cun..da rambang mata..hehe



Sunday, August 14, 2011

::daRah yaNg saNgaT2 maNis::

maafkan aku blog tersayang..da lama rupenye aku tak menulis tok ko..tp arini aku nak gak menulis..dalam minggu ni..banyak yang bermain dalam pikiran nih..macam2 nak tulis..tapi tak tau nak mulakan dari mana..

k lah..dari tajuk entry kali ni..aku nak bercerita dan berkongsi sikit dari kes2 yang sekarang ni masih lagi panas..dan aku harap kes2 ni boleh dijadikan pengajaran bagi semua..bukan apa..aku pon takut kes2 camni sebab aku pon dalam situasi yang sama dalam kes tu..tapi aku berdoa supaya aku tak termasuk dalam kes tu..(ishhkk..pe aku melalut nih??-_-")



ha..ni la yang aku maksudkan..kes2 putus tunang..

ini yang sangat aku takutkan..sebab aku masih lagi terikat dengan tali pertunangan ni..orang2 tua dulu cakap 'bertunang ni darah manis'(yeke??jari aku berdarah takde pon semut datang..hehehe=p) dan bertunang ni macam2 dugaannya..hmm..yang ni aku memang akui..banyak sangat dugaan..sebab bila kita dalam ikatan pertunangan,kita menuju untuk membina ikatan yang sah..syaitan tak suka bila kita membuat satu2 kebaikan..ia akan seboleh2nya menghancurkan ikatan tu..sebab tu lah macam2 dugaan yang datang...

tapi semua ni gak berkait dengan soal jodoh..'kalau ada jodoh,takkan kemana'..tapi kita tak leh la mengharapkan jodoh tu datang pada kita sendiri..kita kena lah berusaha..tapi kalau takde jodoh lak camne??hmm..tu semua da tertulis..apa yang kita patut buat,berdoalah supaya dipertemukan jodoh yang baik dan dipanjangkan jodoh..AMIN!